PMPL MY FALL 2026
KAD PEMAIN.
Satu inisiatif daripada TOPCAST
Setiap pemain PMPL MY Fall 2026 dinilai dengan OVR dan enam atribut, dikira daripada statistik setiap match League Week 1–2 dan Finals.
Tiga OVR tertinggi season ini. Tekan mana-mana kad untuk lihat nombornya.
Tahap kad
Nama tahap diambil daripada tier ranked PUBG MOBILE. Tekan satu tahap untuk tapis.
KAEDAH
CARA RATING DIKIRA.
Setiap rating dikira daripada jumlah statistik League Week 1–2 (48 match setiap pasukan) dan Finals (18 match). Kad hanya diberi kepada pemain yang main sekurang-kurangnya 10 match.
Enam atribut
| Kod | Atribut | Diukur daripada | Purata liga |
|---|
Nilai atribut menunjukkan kedudukan pemain berbanding semua pemain yang ada kad. Purata liga jatuh sekitar 70, dan pemain terbaik dalam sesuatu atribut biasanya dapat 89 hingga 92.
OVR
OVR ialah gabungan enam atribut. 80% mengikut nisbah formula MVP yang digunakan dalam data PMPL ini: Elim 40, Damage 30, Survival 20 dan Knock 10. Baki 20% diberi kepada kerja pasukan yang tidak dikira oleh formula MVP, iaitu Support (12%) dan Utility (8%).
Pemain yang main sedikit match
Sebelum dikira, rekod setiap pemain ditarik ke arah purata liga. Pemain yang main banyak match dinilai sebahagian besarnya ikut prestasi sendiri, manakala pemain yang main sedikit match lebih banyak ditarik ke purata. Cara ini mengelakkan satu atau dua game luar biasa terus melonjakkan rating.
Kekuatan tarikan berbeza ikut stat. Perbezaan damage antara pemain paling jelas, jadi tarikannya paling kecil. Survival dan revive banyak dipengaruhi pasukan dan zone, jadi perbezaan antara pemain kurang jelas dan tarikannya besar.
Lihat angka tarikan untuk setiap stat
| Stat | Match purata yang ditambah |
|---|
Contoh: untuk kill, rekod setiap pemain dikira seolah-olah dia ada 17 match tambahan dengan prestasi purata liga. Pemain 66 match masih 80% ikut rekod sendiri, pemain 12 match hanya 41%. Angka ini dianggar daripada beza prestasi pemain dari hari ke hari dalam tab harian sheet.
Skala
Purata OVR liga sekitar 74 dan OVR tertinggi season ini 90. Formula ini dihadkan supaya statistik satu season tidak boleh melepasi 93. Julat 95 ke atas, tahap Conqueror, dikosongkan untuk taraf legend.
Belum ada kad
Sumber data: sheet [PMPL FALL 2026] PLAYERS DATA, tab Week 1 Stats, Week 2 Stats dan Finals Overall / MVP Stats.
